Rasulullah saw telah bersabda:
"Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu). Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat".
(Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah)